Konsep Zaman Kelam selepas Pembaharuan Renaissance Zaman Kelam

Rencana utama: Middle Ages in history

Ahli-ahli sejarah sebelum abad ke-20 menulis tentang Zaman Pertengahan dengan campuran sentimen positif and negatif, tetapi terutamanya negatif.

Reformasi

Semasa Reformasi Protestan pada abad ke-16 dan ke-17, pengikut-pengikut Protestan menulis tentang zaman itu sebagai satu tempoh kerosakan akhlak Katolik. Serupa dengan tulisan Petrarch yang tidak merupakan bidasan terhadap agama Kristian pada dirinya — selain daripada humanismenya, Petrarch terlalu sibuk dengan usaha-usahanya untuk mencari-cari Tuhan — tulisan-tulisan Protestan ini juga bukan bidasan terhadap agama Kristian, tetapi sebaliknya merupakan lawannya: dorongan untuk memulihkan apa yang pengikut-pengikut Prostestan melihat sebagai agama Kristian yang "lebih tulen". Sebagai tindak balas terhadap serangan-serangan ini, reformis-reformis Roman Katolik mengembangkan suatu imej balasan yang menggambarkan zaman itu sebagai satu tempoh keharmonian sosial dan keagamaan, dan bukannya "kelam" walau sedikit pun.

Zaman Kesedaran

Semasa abad ke-17 dan ke-18 dalam Zaman Kesedaran, agama telah diperlihatkan sebagai bercanggah dengan hujah. Disebabkan Zaman Pertengahan merupakan "Zaman Kepercayaan" yang dikuasai oleh agama, zaman itu telah diperlihatkan sebagai bercanggah dengan hujah dan oleh itu, bercanggah dengan Kesedaran. Immanuel Kant dan Voltaire merupakan dua orang penulis Zaman Kesedaran yang lantang bersuara terhadap pembidasan Zaman Pertengahan yang dikuasai oleh agama sebagai suatu zaman kemerosotan sosial. Banyak tanggapan moden yang negatif tentang zaman itu datangnya daripada pengarang-pengarang Zaman Kesedaran. Bagaimanapun, serupa dengan Petrarch yang memperlihatkan diri sebagai berada di ambang "zaman baru" mengkritik abad-abad sehingga masa dirinya, penulis-penulis Zaman Kesedaran juga mengkritik abad-abad sehingga masa mereka. Keadaan ini berlangsung lama selepas masa Petrarch, disebabkan oleh penguasaan agama dan percanggahan yang masih amat biasa pada abad ke-17 dan selepasnya, walaupun tidak begitu teruk.

Akhirnya, suatu evolusi muncul melalui sekurang-kurang tiga cara. Lama-kelamaan, metafora "cahaya lawan kekelaman" Petrarch yang asal kemudian diperluas, sekurang-kurang secara tersirat. Walaupun jika penyokong-penyokong humanisme awal selepas beliau tidak lagi memperlihatkan diri sebagai sedang hidup dalam zaman "kelam", zaman mereka masih belum cukup "terang" dari sudut pandangan penulis-penulis abad ke-18 yang memperlihatkan diri sebagai hidup dalam "Zaman Kesedaran" yang benar. Penulis-penulis abad ke-18 itu juga meluaskan tempoh pengutukan mereka untuk merangkumi apa yang kini dipanggil Zaman Moden Awal. Selain itu, metafora "kekelaman" Petrarch yang digunakannya khususnya untuk mengesali apa yang dilihatnya sebagai kekurangan pencapaian duniawi, kini ditingkatkan untuk mengambil maksud anti agama yang eksplisit terhadap taktik-taktik keras golongan paderi Katolik.

Walaupun demikian, istilah "Zaman Pertengahan" yang digunakan oleh Biondo dan penyokong-penyokong humanisme yang awal selepas Petrarch, merupakan nama yang biasa digunakan sebelum abad ke-18 untuk menandakan tempoh sehingga Zaman Pembaharuan Rennaissance. Rekod terawal untuk penggunaan perkataan "pertengahan" dalam bahasa Inggeris ialah tahun 1827. Istilah "Zalam Kelam" juga digunakan ketika itu tetapi menjelang abad ke-18, istilah ini cenderung digunakan untuk bahagian awal zaman "pertengahan" itu. Tarikh-tarikh permulaan dan pengakhiran berbeza-beza. "Zaman Kelam" dianggap sebagai:

Romantisisme

Pada awal abad ke-19, penyokong-penyokong Romantisisme menterbalikkan penilaian negatif oleh pengkritik-pengkritik Zaman Kesedaran. Perkataan "Gothik" merupakan satu istilah aib yang seakan-akan dengan perkataan "Vandal" sehingga pertengahan abad ke-18, apabila sebilangan orang "goth" Inggeris yang berkeyakinan kendiri, seperti Horace Walpole, memulakan Pemulihan Gothik dalam bidang-bidang seni. Disebabkan itu, generasi Romantisisme yang berikutnya mulai mempunyai tanggapan mempesona terhadap "Zaman Kepercayaan". Tanggapan ini menggambarkan satu pandangan romantik untuk suatu Zaman Keemasan kesateriaan sebagai tindak balas terhadap dunia yang dikuasai oleh rasionalisme Zaman Kesedaran yang mengutamakan taakulan berbanding dengan emosi. Zaman Pertengahan diperlihatkan dengan nostalgia yang romantik sebagai suatu tempoh keharmonian sosial dan persekitaran, serta tempoh ilham rohaniah, berbanding dengan keterlaluan Revolusi Perancis, dan khususnya dengan pergolakan persekitaran dan sosial, serta utilitarianisme tandus yang diakibatkan oleh revolusi perindustrian yang sedang muncul. Pandangan penyokong-penyokong Romantisisme terhadap abad-abad yang awal ini kini masih dapat diperlihatkan dalam pesta-pesta ria dan perayaan-perayaan yang meraikan zaman itu dengan kostum-kostum dan peristiwa-peristiwa (sila lihat "Pesta ria Zaman Pembaharuan Renaissance").

Serupa dengan Petrarch yang menterbalikkan maksud "cahaya lawan kekelaman", penyokong-penyokong Romantisisme juga menterbalikkan penilaian pengkritik-pengkritik Zaman Pembaharuan. Bagaimanapun, zaman yang dianggap sebagai ideal oleh penyokong-penyokong Romantisisme merupakan apa yang kini dipanggil Zaman Pertengahan Tinggi serta Zaman Moden Awal. Dari satu segi, ini merupakan keterbalikan aspek agama terhadap penilaian Petrarch kerana abad-abad yang kemudian merupakan tempoh semasa kuasa dan prestij sejagat Gereja mencapai kemuncaknya. Bagi banyak pengguna istilah ini, ruang lingkup "Zaman Kelam" beransur-ansur berpisah dari zaman itu dan kini menandakan, terutamanya abad-abad yang awal selepas kejatuhan Rom.